Halaman Permainan Komputer Affendi -Kosa Kata 6 Abjad

Pengenalan Kosa Kata 6 Abjad

Permainan Kosa Kata 6 Abjad merupakan permainan yang memerlukan pemerhatian kepada susunan abjad untuk menjadikannya satu perkataan yang dikenali. Permainan ini ada persamaan dengan Lingo Melayu cuma abjad yang perlu disusun sudah sedia diberikan.

Klik pada menu pindah masuk untuk pindah masuk permainan.Saiz fail - 114 Kbyte.

Kosa Kata 7 Abjad (klik di sini)

Paparan Permainan

Cara Permainan

  1. Untuk memulakan permainan anda perlu klik pada menu 'FAIL'-'MULAKAN PERMAINAN' atau tekan kekunci 'F2".
  2. Butang 'OK SEDIA..?' akan kelihatan dan klik pada butang 'OK SEDIA...?' tersebut atau tekan 'ENTER'.
  3. Setelah butang 'OK SEDIA...?' diklik 6 abjad akan keluar pada baris tingkap dibawah. Dan tanda anak panah biru akan kelihatan pada baris tingkap kosong diatas.
  4. Abjad-abjad tersebut perlu disusun supaya menjadi satu perkataan.
  5. Penunjuk panah biru tersebut menunjukkan tempat mana yang akan diisi apabila anda klik pada abjad ditingkap bawah.
  6. Sekiranya pilihan susunan abjad ditingkap atas telah penuh diisi maka butang 'PROSES' akan kelihatan.
  7. Sekiranya anda berpuas hati dengan perkataan yang telah dibentuk , anda boleh klik pada butang 'PROSES' tersebut.
  8. Tetapi jika tidak puas hati atau berlaku kesilapan dalam susunan abjad, anda boleh klik pada abjad yang berada ditingkap atas tersebut. Abjad yang anda klik itu akan diletakkan semula ditempat asalnya ditingkap bawah.
  9. Apabila anda sudah puas hati dan butang 'PROSES' diklik , program akan memproses sama ada perkataan yang telah anda bentuk betul atau salah.
  10. Sekiranya mana-mana abjad yang anda bentuk berada dikedudukan yang betul untuk perkataan yang dikehendaki , maka perkataan tersebut akan tinggal ditingkap atas. Dan jika salah ia akan diletakkan semula ditempat asalnya dibawah.
  11. Peluang diberikan sebanyak 3 kali dan perlu disiapkan dalam masa 30 saat. Sekiranya dalam masa 30 saat tersebut anda tidak dapat menyiapkannya , atau semua jawapan salah dalam 3 peluang yang diberikan maka anda dikira 'TEWAS'.
  12. Markah akan diberikan mengikut berapa masa saat yang tertinggal untuk meneka perkataan yang dikehendaki.
  13. Lebih cepat anda dapat menjawab dengan betul , lebih banyak markah yang akan anda perolehi.
  14. Idea awal permainan ini saya dapat daripada program 'KOSA KATA' di TV1. (Satu kredit untuk menghormati idea yang dicetuskan).
  15. Akhir kata selamat mencuba dan semoga anda berpuas hati.

Harga Permainan Asal

Sila lihat Senarai