Halaman Permainan Komputer Affendi - Soalan Dan Jawapan

Soalan & Jawapan

Perisian apakah yang digunakan, untuk membuat permainan-permainan tersebut?
Jawapan:
Saya menggunakan 'Visual Basic 5 Learning Edition' untuk menghasilkannya.Selain daripada itu saya menggunakan 'PaintBrush' (Accecories Windows) untuk melukis gambar.Untuk membuat fail setup saya menggunakan 'PaquetBuilder' (Freeware).Dan halaman ini dihasilkan menggunakan perisian seperti Irfan View (Freeware),Internet Explorer 4/5 serta EditPad (menggantikan NotePad).Jika anda ingin melihat senarai lengkap perkhidmatan-perkhidmatan yang saya gunakan untuk menghasilkan keseluruhan halaman ini sila lihat
halaman Pilihan

Apakah perbezaan antara permainan yang asal dengan permainan cubaan?
Jawapan:
Permainan asal tidak berhenti ditengah-tengah permainan.Selain dari itu ia juga boleh menyimpan nama catatan terbaik.Dan dalam Lingo dan Kosa Kata jumlah perkataan lebih banyak(+300).Sesetengah permainan cubaan, bunyi di'disable'kan atau off. Bagaimana pun permainan cubaan boleh digunakan sampai bila-bila pun (tiada had masa).

Siapakah Affendi?
Jawapan:
Nama saya Khairul Affendi dan berasal dari Kuala Kangsar,Perak.Kini berumur 28 tahun dan menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang programmer. Hobi pada masa lapang selain daripada buat game suka bermain gitar. Bekerja sebagai techniciant disebuah kilang swasta. Biodata

Orang sekarang ni lebih berminat dengan game-game 3D dengan grafik2 yang hebat dan menarik.Siapa yang mahu game-game seperti ini?
Jawapan:
Memang saya akui hakikat tersebut dan no komen. Saya seorang masih belum berupaya untuk menghasilkan permainan berbentuk 3 dimensi yang lebih power.

Bagaimanakah untuk pindah masuk (download) permainan ?
Jawapan:
Jika anda tidak pernah pindah masuk permainan sila klik disini dan lihat cara untuk pindah masuk.
Tetapi jika anda sudah biasa pindah masuk permainan tetapi menghadapi masalah untuk pindah masuk sila hantar mesej - klik disini dan anda boleh minta supaya permainan-permainan ini dihantar kekotak email anda. Jadi anda boleh pindah masuk permainan cubaan tersebut terus dari kotak email anda.
Untuk pengetahuan ,pihak Tripod (Yang memberikan halaman percuma) telah memerangkap fail-fail yang berbentuk EXE ke dalam ruang pengiklanannya sebelum boleh dipindah masuk.Saya dapati terdapat masalah pada sesetengah pelayar untuk memindah masuk fail dari ruangan pengiklanan tersebut.Jadi saya telah meletakkan kesemua fail EXE di khidmat halaman percuma - Acmecity.

Mengapa permainan (game) yang saya pindah masuk tidak boleh untuk dibuka.(ada error)?
Jawapan:
Antara sebab-sebab permainan tak boleh nak dibuka ialah kerana fail MSVBVM.DLL tidak terdapat didalam direktori sistem windows anda. Fail ini diperlukan bagi perisian yang dihasilkan menggunakan Visual Basic 5.Untuk mendapatkan fail ini anda boleh pindah masuk fail tersebut dari menu-bar MSVBVM yang terdapat didalam setiap mukasurat yang saya sediakan.Anda hanya perlu pindah masuknya dan setup fail tersebut.
Selain daripada itu anda juga boleh mendapatkannya daripada halaman WWW.MSN.COM (Microsoft). Fail ini adalah di beri secara percuma.
Lagi pun bukan setakat permainan-permainan yang berada disini sahaja yang menggunakan fail MSVBVM50.DLL ini.Malah terdapat banyak shareware2 yang dihasilkan oleh pengaturcara diseluruh dunia yang memerlukan fail ini didalam komputer anda.Jadi tak sia-sia anda mendapatkan fail tersebut.

Mengapakah fail MSVBVM50.DLL tidak disertakan sekali didalam perisian penyedia(setup) permainan?
Jawapan:
Memang saya boleh menyepadukan(include) sekali fail MSVBVM.DLL didalam fail setup yang disediakan.Tetapi sekiranya fail tersebut disepadukan sekali , ini menjadikan fail setup yang saya sediakan mempunyai jumlah byte yang besar (hampir 1.3 Mbyte - 1 disket).Masalahnya ialah jangkamasa proses download yang diambil akan menjadi lebih lama (mungkin 4-5 minit).Sedangkan fail MSVBVM tersebut hanya perlu dipindah masuk oleh pengguna hanya sekali sahaja. Saya merasakan ia tak praktikal.Oleh itu adalah lebih baik diasingkan fail tersebut dari fail setup yang di sediakan.

Adakah permainan2 komputer yang berada disini mesti dibayar untuk mendapatkan yang asal?
Jawapan:
Untuk lebih jelas sila semak harga asal di sini.

Bagaimana untuk mendapatkan permainan versi asal?
Jawapan:
Anda boleh email kepada saya.Saya akan berikan alamat untuk buat pengiriman. Selepas kiriman diterima ,saya akan hantar permainan tersebut ke kotak e-mail anda /atau berikan alamat untuk anda pindah masuk permainan asal.Anda boleh kirimkan dalam bentuk kiriman wang atau tunai(cash).

Dimanakah hendak belajar Visual Basic dalam internet?
Jawapan:
Tempat yang selalu saya lawati untuk mencari maklumat mengenai VB ialah di Top side of Visual Basic dari Microsoft dan di Planet source Code

Adakah Affendi seorang yang boleh dipercayai .Bagaimana jika duit yang saya kirimkan lesap tanpa sebarang berita.?
Jawapan:
Semuanya adalah berlandaskan atas dasar percaya (Base on trusted). Harap maklum.

Berapa ramaikah yang sudah membeli game ini dan bagaimanakah reaksi mereka..?
Jawapan:
Sehingga hari ini , hanya 12 orang yang beli melalui talian (mungkin ramai yg tidak pecaya atau tidak berminat).Tetapi kawan- kawan tempat kerja dah memang ramai yang membelinya.....dan sehingga kini tiada sebarang masalah pada komputer mereka.
Yang hantar email ramai ... lebih 300 email.

Soalan Seterusnya...

Kembali semula ke ruangan sebelum ini.