Halaman Permainan Komputer Affendi - Soalan Dan Jawapan

Soalan & Jawapan

Mengapa saudara suka membuat homepage semata-mata untuk game sahaja ? Lain dari game apa lagi yang saudara suka buat ?
Jawapan:
Sebenarnya hanya ini saja pengetahuan yang saya ada untuk di ketengahkan. Saya memang berhasrat untuk membuat semua perkara yang berkaitan dengan komputer.Tapi masih tiada idea yang benar-benar unik untuk di pertunjukkan. Kalau boleh biar berbeza dengan apa yang telah pun dihasilkan oleh ramai diantara kita dinegara ini.
Selain dari membuat game saya suka mengumpul maklumat mengenai pengaturcaraan Visual Basic.Kerana dari situ saya boleh membina pengaturcaraan yang lebih stabil, ringkas, sempurna dan pantas.

Soalan dan beberapa beberapa pandangan berkenaan 3 dr sourcecode games yg saudara jual . Adakah saudara meletakkan syarat2 ataupun hak cipta terpelihara bg games ciptaan saudara itu seperti berbentuk Aggreement ? Tidak kah nanti sourcecode saudara itu nanti di explotasikan oleh 'pihak-pihak' tertentu untuk mengaut keuntungan yg berlipat kali ganda ? Dan bermacam2 lagi .... Fikir-fikirkan ..... Kerana byk kemungkinan yg boleh berlaku...
Jawapan:
Memandangkan saya tidak mempunyai peluang atau pilihan untuk mendapatkan menafaat dari permainan yang saya hasilkan ini saja yang termampu saya lakukan. Saya hanya jual source code. Jika mereka ubah dan jual semula apa yang boleh saya lakukan .Lagi pun saya tidak mempunyai keupayaan untuk memasarkannya secara besar-besaran.Begitu juga untuk mengawalnya. Mengenai Hak Cipta itu saya tak tahu. Yang saya tahu permainan ini adalah hasil idea dan ciptaan sendiri dan tidak meniru mana-mana permainan sebelum ini.Sebab itu ia untuk dijual.

Kembali semula ke ruangan sebelum ini.